BAB 1
"Lambat nya bas hari",bisik hati Qayyimah."Dah la panas",rungut nya lagi."Kenapalah dia wat aku macam ni. Apa salah aku ye?" fikir Qayyimah di dalam hati.Fikiran nya merewang kepada kisah silam antara dia dan Azman.Walaupun masih dalam tingkatan tiga,pada Qayyimah, Azman mampu membuatkan hati nya berdebar bila tiap kali bersua. Paling ajaib nya,seolah-olah die dapat rasakan getaran gelombang kehadiran Azman."Dah macam cerita hindustan pulak aku nih",keluh Qayyimah.Ingatan nya pada cerita hindustan seminggu lalu, kabhi kushi kabhi gham,apabila anak nya jejak kan kaki ke tanah ibunya boleh rasa kan getaran kehadiran anak nya. Macam itu lah hati nya kepada Azman. Beza nya,die bukan seorang ibu,tapi kekasih kepada Azman. Qayyimah menoleh kepada kawan baik nya. "Luqyana,kamu rasa Azman suka kan aku lagi tak?"tanya Qayyimah kepada kawan baik nya. Luqyana paham benar perangai kawan nya itu. Asyik fikirkan Azman yang memainkan perasaan kawannya. "Imah,Yana bukan nak buruk kan Azman tau.Tapi Azman tak sesuai untuk Imah.Kalau dia betul-betul nak kan Imah,dia tak kan tinggalkan Imah." Kata Luqyana pada Qayyimah. "Dah la tu Imah,lupakan dia.Tak gune mengharap pada lelaki macam tu."marah Luqyana pada Qayyimah. Qayyimah mengeluh.hatinya berkata,"kalaulah aku mampu lupakan Azman."keluhan hati nya terhenti apabila bas salira yang menghala ke Melaka tiba di perhentian.
kedua-dua teman itu bergegas menaiki bas.Mereka tahu yang bas itu akan penuh tak lama lagi.waktu-waktu begini ramai budak-budak sekolah ingin pulang ke rumah. Sama seperti Qayyimah dan Luqyana. Bermacam-macam ragam orang yang menaiki bas. Qayyimah memerhatikan budak-budak yang tak dapat duduk di dalam bas. Biasa nya Qayyimah akan duduk di bahagian belakang bas.Tapi tiap kali balik dari sekolah, dia akan duduk di bahagian depan,supaya dia dapat turun dengan selamat. Tiba-tiba Qayyimah rasa geli hati bercampur malu, kerana dia teringat masa dia ingin turun dari bas yang padat macam sardin tu, satu adegan yang memalukan terjadi. Dia tekan loceng bas banyak kali apabila bas yang di naiki itu dah samapi ke kawasan rumah nya di Melaka Pindah, dan kebetulan ade jiran nye yang ingin turun sekali.Apabila jiran nya dah selamat turun dari bas, belum sempat Qayyimah hendak pijak ke tanah,bas salira tu mulai jalan kembali. Biasa lah,pemandu bas mana la nampak siapa yang belum turun dari bas bile bas dah padat macam sardin. Apa lagi, Qayyimah pun dengan berani nya melompat ke bawah. "Gedebuk!",Qayyimah jatuh ke atas tanah."Aduh!",Qayyimah mengaduh sakit sebab salah landing. bertempik lah orang-orang yang berada dalam bas. Gelak kan Qayyimah yang berani melompat keluar dari bas semata-mata bas tak berhenti. Muka Qayyimah mulai merah menahan sakit dan malu nya. "Malunya aku,dah la aku pakai baju sekolah.Kalau pakai seluar tentu aku dah selamat melompat.",bisik nya lagi. Cepat-cepat die beredar meninggal kan kawasan itu. Ingatan Qayyimah terhenti apabila bahu nya di tepuk oleh Luqyana. "dah sampai lah,tekan la loceng tu"kata Luqyana kepada Qayyimah. "Nasib baik lah sekarang ni Luqyana tinggal dengan aku,ade gak aku kawan untuk selamat turun dari bas ni hari-hari."bisik hati Qayyimah. Kedua-dua teman itu berlalu pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment