Pages

Friday, October 2, 2009

keyakinan cinta yang hilang

BAB 2

"Imah,nak masak ape ni?",tanya Luqyana.Qayyimah pusing menghadap Luqyana. "Tah la.yana nak masak ape?"tanya Qayyimah pula."Apa kata kita tanya puan?"terus Qayyimah lagi."ok jugak.mana tau puan nak makan benda lain",ujar Luqyana."jap.Imah pegi tanya puan." panggilan puan adalah merujuk kepada nenek Qayyimah.die pun tidak tahu kenapa nenek nya suruh Imah memanggil nya puan berbanding nenek.mungkin sebab nenek die memang suke panggilan itu kot.langkahan kaki Qayyimah ke bilik nenek nya terhenti tatkala melihat nenek nya tengah solat zuhur.selesai sahaja nenek Qayyimah bersolat terus Qayyimah tanya masakan apa yang perlu dimasak.berlari Qayyimah ke dapur kerana tak sabar nak masak, sebab tujuan nya mahu rehat awal.mana tak nya,dia terus ke dapur selepas salin baju sekolah nya. Selesai sahaja Qayyimah dan Luqyana memasak di dapur, mereka berborak di dalam bilik. Seperti biasa,rutin harian,mereka pasti bercerita mengenai pakwa-pakwa mereka. di sekolah, yang paling banyak dapat perhatian adalah Luqyana. disebab kan Luqyana lemah lembut,berkulit putih,muka ala-ala orang kacukan cina, dia sangat di minati oleh rakan-rakan di sekolah nya. Perwatakan nya seolah-olah perempuan melayu terakhir. Malah dia seorang pengawas di sekolah nya.Lagi ramailah yang cube mengenali Luqyana. Berbeza pula dengan Qayyimah.

Perwatakan Qayyimah pula kasar,lagak seperti lelaki,belajar silat gayong di sekolah nya,mana lah rakan-rakan lelaki yang mahu meghampirinya,dulu nya seorang pengawas perpustakaan tetapi di sebab kan berkawan dengan orang-orang yang suka melepak, dia mula pakai baju sekolah berwarna putih,malah dengan berani dia mewarnakan baju sekolah yang putih itu dengan nila.lagi biru nila baju nya lagi Qayyimah suka.dengan cara itu die rasa diri nya setanding dengan kawan-kawan lepaknya yang lain. Qayyimah suka melanggar peraturan sekolah. Pada nya peraturan itu menyusahkan dan peraturan itu mengongkong orang. Walaupun begitu, tak sorang pun yang tahu bahawa Qayyimah mempunyai hati yang sensitif dan lemah lembut. Kalau lah Qayyimah tidak prihatin terhadap masalah Luqyana, mungkin mereka tak rapat dan Luqyana mungkin hanyut dengan masalah rumah tangganya. Keluarga Luqyana berpecah dan dia terpaksa tinggal bersama ayahnya berdua. Walhal ibu nya pula tinggal bersama menantunya. Luqyana tidak mahu tinggal bersama ibu nya disebabkan arwah kakak nya telah lama meninggal dunia tapi ibu nya masih mahu tinggal dengan menantunya itu. Itu lah yang Luqyana tidak paham tentang fikiran ibunya itu. Selepas ibu ayah nya bercerai Luqyana rasa bersendiri. Luqyana hampir membuat keputusan untuk membunuh diri di sebabkan tidak tahan dengan keluarganya. Nasib baik lah waktu tuisyen di sekolah yang di tanggung biasiswa oleh Al-Bukhari untuk pelajar-pelajar sains tulen menimbulkan satu hubungan antara Qayyimah dan Luqyana.

Tengah belajar biologi yang di ajar Puan Rosnah, tiba-tiba Puan Rosnah di kejutkan satu berita. Pelajar-pelajar lain di suruh sambung membuat latihan tanpa di khabarkan apakah berita itu. Kebetulan waktu itu Qayyimah baru pulang dari tandas. Tengah Qayyimah lalu untuk masuk ke dalam kelas, dia terdengar Puan Rosnah cube memujuk Luqyana supaya memikirkan baik buruk nya untuk lari dari rumah nya. Qayyimah yang nakal itu pun cube menyampuk perbincangan Puan Rosnah dan Luqyana.